SIMULASI HAJI CILIK

PROGRAM SIMULASI HAJI CILIK
Konsep
pembelajaran santai menjadi asas utama kepada simulasi haji cilik agar
kanak-kanak mudah menerima, memahami, mempelajari dan mengikuti apa yang
diajarkan.
Walaupun
proses haji mengikut rukun haji sebenar berdasarkan modul yang ditetapkan, namun
proses simulasi itu dilaksanakan bersesuaian dengan kanak-kanak yang berusia
empat hingga enam tahun.
- Dalam simulasi ini, peserta Haji Cilik diperkenalkan dengan beberapa 'checkpoint',
bermula Ibrah (lelaki lengkap berihram dan perempuan bertelekung), mengikut tertib
- wukuf di Arafah,
- mabit di Mudzalifah,
- melontar tiga Jamrah,
- bertahallul,
- saie
- tawaf
- simulasi korban.
Di sini berlaku proses pembelajaran kepada anak-anak dalam keadaan mereka bersantai, mereka bergerak ke setiap check point sambil bermain santai, dari situ sedikit sebanyak mereka tahu proses haji.
- Di setiap
'checkpoint' ada ibrahnya, sebagai contoh saie iaitu ibrah dari kisah Nabi
Ismail dan Siti hajar, simulasi korban ibrahnya pengorbanan Nabi Ibrahim.
Program ini
bertujuan untuk memberi impak positif kepada anak-anak, kerana jika kita mengajar tentang solat lima
waktu, mereka dapat lihat ia dilakukan oleh ibu bapa dan keluarga di rumah
tetapi ibadah haji mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan jika tidak
mencubanya sendiri.
Melalui
simulasi kanak-kanak akan belajar secara 1st hand experience. Ini adalah kaedah terbaik dalam
pembelajaran untuk memahami Rukun Islam ke lima, seawal jam 9.00 pagi mereka
berkumpul , Bermula dengan memakai ihram. Apa yang menarik ialah, anak-anak
faham pantang larang dalam ihram. Datang pada pagi tersebut mereka tidak
berbedak, minyak rambut dan mereka memakai selipar.
Refleksi
anak-anak dapat:-
- Bertalbiah dengan baik,
- Memberitahu pantang larang dalam ihram,
- Bilangan batu yang dilontar di setiap jamrah dan
- Menamakan perbuatan
- Menamakan tempat sepanjang perjalanan haji seperti Arafah, Mina, melontar, tawaf, kaabah, saie.
Simulasi dijalankan dengan jayanya dan dibimbing oleh guru-guru juga kerjasama dari ibu bapa.
Semoga program ini memberi manfaat pada anak-anak Tadika